Dunia kali ini digegarkan lagi dengan kekejaman yang dilakukakn
oleh Israel. Palestin dibedil sehinggakan dalam tempoh seminggu
sahaja 3000 nyawa menjadi korban. Sehingga saat ini angka itu terus
meningkat. Seperti biasa Dunia terus mengutuk tindakan itu. Tapi
apa tindakan? Amerika Syarikat hanya ambil sikap berdiam diri dan
tetap menyalahkan Hamas. Dunia sudah muak dengan peperangan. Dunia
mahu keamanan. Penulis mengidamkan keamanan seperti mana yang
dinikmati orang-orang Madinah di bawah pemerintahan Baginda
Rasulullah SAW. Hidup dengan aman, perpaduan tidak kira bangsa dan
agama. Apa peranan kita? Mahu ke medan perang? mungkin kita tidak
mampu? sekadar menunjukkan perasaan di Kedutaan Amerika Syarikat?
Adakah Amerika Syarikat memandang demonstrasi jalanan yang kita
lakukan? Apa kuasa kita? Cuba hayati cuplikan dari blog bekas
Perdana Menteri Malaysia ini. 1. Dunia ternampak mengutuk Israel
kerana serangan tidak berperikemanusiaannya ke atas Gaza. Tetapi
seperti biasa dunia tidak membuat apa-apa. Kenapa tidak? Kerana
Amerika Syarikat berada di belakang Israel. 2. Dunia seharusnya
juga mengutuk Amerika Syarikat. Pesawat pejuang dan bom yang
digunakan adalah buatan Amerika. Jika ada kehilangan senjata,
Amerika akan menggantikannya. Dan Amerika juga akan membiayai
Israel bagi meneruskan keganasannya. 3. Selagi Amerika menyokong
Israel kita akan lihat kebiadaban Israel membelakangkan pendapat
dunia dan mereka akan terus membunuh orang Arab Palestin dan
menghancurkan penempatan dan bandar mereka. 4. Apabila saya katakan
yang Israel menguasai dunia secara proksi, media dan Kerajaan
Amerika mengutuk saya. Tetapi hakikatnya ialah hanya calon yang
direstui Israel sahaja yang boleh menang pilihanraya di Amerika.
Tunggu sahajalah pendirian Presiden baru Amerika.5. Sementara itu
kita harus sedar secara kecil-kecilan kita juga bantu Israel. Buah
pisang kaki(persimmon) dari Israel ada dijual di pasaraya Kuala
Lumpur.6. Singapura adalah saluran bagi Israel menembusi pasaran
Malaysia. Sebentar tadi juga Panel dalam Malaysia Hari Ini iaitu Dr
Chandra Muzaffar mengatakan “Boikot Barangan Israel dan Amerika
Syarikat, kerana dengan cara ini pernah memberi kesan satu ketika
dahulu” Kesimpulannya, gunakan kuasa kita sebagai pengguna. Kuasa
besar yang ada pada kita. Kuasa Ekonomi. Tanpa pendapatan mereka
tidak mampu untuk membiayai pembelian senjata untuk digunakan di
dalam peperangan. Sedarlah umat Islam dan masyarakat dunia yang
prihatin kepada keamanan. Inilah matlamat utama HPA ditubuhkan.
Untuk “membayangi” dan memberi alternatif kepada masyarakat
menghindari barangan Israel dan Amerika Syarikat. Kenapa Coke,
Pepsi, Mc D dan sebangsanya sedangkan kita ada Radix Cola, Radix
Sarsi dan Radix Fried Chicken yang sudah pasti tidak menyumbang
kepada pembelian senjata.

selamatkan palestin!!!