TAFSIR SURAH AL-BAQARAH(ayat 136)
SURAH AL-BAQARAH : 136
(قولوا[1] آمنا بالله[2])( وما أنزل إلينا[3])( وما أنزل إلى إبراهيم وإسماعيل وإسحاق ويعقوب والأسباط[4])( وما أوتي موسى وعيسى[5])( وما أوتي النبيون[6])( من ربهم[7])( لا نفرق بين أحد منهم[8])( ونحن له)( مسلمون)
Maksudnya;
“Katakanlah (hai orang-orang mukmin): "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun diantara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya".
[1]
a. katakanlah oleh mu wahai orang yang beriman.
[2]
a. ASBAB NUZUL
a. Daripada Ibnu Abbas, berkata; orang-orang yahudi membaca kitab taurat dalam bahasa Ibraniyyah, lalu dibacakan kepada orang arab dalam bahasa arab, lalu bersabda Nabi SAW;
لا تصدقوا أهل الكتاب ولا تكذبوهم وقولوا آمنا بالله وما أنزل
Maksudnya;
“jangan kamu membenarkan akan ahli kitab dan jangan kamu anggap cakapannya tipu, dan katakanlah Kami telah beriman dengan Allah dan dengan barang yang diturunkan (hingga habis ayat quran)” (al-qurtubi : 2/140)
b. Berkata Ibnu Abbas, telah datang satu puak daripada Yahudi kepada Nabi SAW, yahudi itu adalah, Abu Yasir bin Akhtab, rafi’ bin abi rafi’, ‘azir, khalid, zaid, Azar bin abi azar dan asyi’, mereka bertanyakan, nabi manakah yang seharusnya orang Islam beriman. Nabi membaca firman Allah ini sehingga sampai kepada nabi Nabi Isa AS. Apabila menyebut nama Nabi Isa, mereka mengatakan bahawa mereka tidak beriman dengan Isa AS. Maka dengan ini, firman Allah ini menjelaskan lagi bahawa islam mengimani semua nabi-nabi tanpa membezakan antara satu dengan yang lain. (al-qurtubi : 2/140 dan Tabari : 1/567)
[3]
a. Iaitu Al-Quran. Kemestian beriman dengan Al-Quran adalah kerana Al-Quran menyuruh manusia beriman dengan kitab Taurat dan Injil. Begitujuga, didalam kitab-kitab yang lain ada menceritakan tentang Al-Quran.
[4]
a. Kitab yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim, ismail, ishaq, ya’qub dan asbat adalah “suhuf”
b. Asbat “اسباط” ialah anak-anak Ya’qub dan zuriatnya. Iaitu 12 orang.
c. Ada juga ulama menyebut, asbat ialah nabi-nabi dari keturunan Ya’qub (tabari : 1/567)
d. Berkata Ibnu Abbas, semua nabi dari keturunan Bani Israil melainkan sepuluh, iaitu nuh, Hud, Soleh, Syuaib, Ibrahim, Ishaq, Ya’qub, Ismail dan Muhammad SAW. (Ibni Kathir : 1/188)
[5]
a. kitab yang diturunkan kepada Musa ialah Taurat dan kitab yang diturunkan kepada Isa adalah Injil.
b. Sengaja Allah menyebut khusus nama kedua-dua nabi ini adalah kerana, penyelewengan yang banyak diperdebatkan adalah berkenaan dengan kaum yang beriman dengan mereka, lalu menyelewengkan ajaran mereka itu (Baidhawi : 1/410)
[6]
a. iaitu nabi-nabi yang nama-nama mereka disebut dan nama-nama mereka yang tidak disebut.
[7]
a. Iaitu kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka, daripada tuhan mereka iaitu Allah SWT.
[8]
a. kami orang-orang Islam tidak pernah membezakan antara nabi-nabi itu. Kami beriman dengan semuanya, kami tidak beriman dengan setengahnya dan mengkufuri setengah yang lain. (Al-Qurtubi : 2/141)
b. Ini membezakan antara kita dan yahudi dan Nasrani yang mempunyai sifat taassub kepada nabi masing-masing sehinggakan mereka mengatakan nabi mereka itu mulia berbanding dengan nabi-nabi yang lain. Maksud memuliakan ialah sehinggakan mereka sanggup menkufuri nabi-nabi yang lain.
Al-Bakistani
Comment Wall (1 comment)
You need to be a member of Ukhwah Maahad to add comments!
Join this social network