FADHILAT SOLAT TARAWIH
Sempena Ramadan ini.....mari kita sama-sama tengok
apa kelebihan terawih sepanjang bulan ramadan ini.
Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana
ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih
serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 : berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan
sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang
membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di
Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang
tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap
batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa
orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong
Nabi 'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana
yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya
seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di
dunia dan di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti
ia baharu dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya
ibadatnya).
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada
tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 : datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta
Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan
mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada
neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam
ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah
redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 : Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga
Firdaus.
Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati
syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita
dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di
dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih
malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini
seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan
melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat
di akhirat.
Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali
haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang
berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini
hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga
yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang
dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'."
Alhamdulillah,...
Mudah2an kita semua yang beragama Islam dapat menunaikan solat terawih
ini dan mendapat fadilat2 yang dah disenaraikan diatas,...